Berhubung dengan tarikh pengumuman pengambilan ahli baru smf pada 10 September 2009 yang di post di blog ini, tarikh serahan borang-borang penyertaan ahli yang ditetapkan di borang tersebut akan dilanjutkan dari 30 September kepada 14 Oktober 2009. Oleh yang demikian, semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal masih boleh untuk mengisi borang tersebut dan menyerahkan kembali dalam lingkungan masa tersebut. Penyertaan anda dialu-alukan untuk mewakili fakulti dalam SMF dalam membantu masalah-masalah pelajar dan pengurusan aktivti serta organisasi. Jika anda berasa pasif dalam penyertaan-penyertaan dalam persatuan seperti ini, jangan risau, kami sedia membantu anda untuk membentuk anda kepada yang lebih aktif dan berkeyakinan dalam pengurusan organisasi. Ramai juga yang menyatakan apa kebaikan menyertai sekretariat ini, kebaikan-kebaikannya adalah :
- Sekiranya anda tinggal jauh dan tidak mendapat kolej lagi, anda boleh lah memohon kolej dibawah nama SMF. Kelebihan kolej ini diberikan kepada setiap ahli SMF.
- Jika anda seorang ahli SMF, anda boleh berhubung terus kepada MPP fakulti untuk menyuarakan segala masalah yang hendak diselesaikan. Contohnya ketidakpuas hati tentang fasiliti yang terdapat di fakulti, anda boleh buat aduan terus kepada pihak atasan dan sekiranya aduan anda diluluskan dan fasiliti fakulti dibaikpulih, bayangkan bertapa banyak pengguna yang menggunakan fasiliti tersebut dan berapa banyak pahala anda dapat untuk membantu setiap pelajar di fakulti.
- Sijil-sijil penyertaan dan pengurusan aktiviti turut diberikan. Sijil-sijil ini adalah sah laku untuk dibawa ke temuduga-temuduga mana-mana syarikat apabila hendak memohon kerja kelak.
- Dari segi mental, keyakinan dan kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin akan diasah sehingga anda menjadi yang lebih berkeyakinan dan berdaya saing antara graduan-graduan lain yang tidak mempunyai kelebihan yang anda perolehi.
- Aktivti-aktivti yang dijalankan sangat menarik dan diadakan di tempat-tempat yang menyeronokkan. Contoh di Pangkor, Taman Negara dan sebagainya. Kelebihan ini adalah lebih kepada aktviti yang ingin dijalankan sambil bercuti bersama ahli-ahli.
- Tahap pengurusan masa, kerja dan wang anda akan lebih teratur dan bersistematik supaya anda dapat menguruskan segala tugasan dengan tersusun.
No comments:
Post a Comment