Tuesday, November 6, 2012

Season in The Sun

Assalammualaikum~

31 october - 2 november yg lps tlah selamat berlangsungnya program pembangunan organisasi atau name popularnya PPO yg tlah tertangguh lebih setangah abad (satu sem je..). Program yg disertai oleh smf fkm dan psskm telah berlangsung meriah di Felda Residence Tg. Leman, Mersing yg tenang, mendamaikan dan tropika (matahari yg membakar) :)


Ini adalah aktiviti-aktiviti yg manceriakan hari kitorang di sana:)
gymming :)

jogging >>ops,, wrong way :)

most controversial ROCK CLIMBING!

00h yeah! kayaking.

bola pantai...

lets get another sunburn next time..iki mashiyo

"don't forget ur sunburn or u will get a sunblock", Fara Masod

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun~

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun~:)


ops lupe ni sebenarnyer tujuan ppo - bengkel, bengkel, bengkel...


4 kertas kerja berjaya disiapkan!!yeay2...
next mission >>meeting TAPA<<

HabiS.

Wednesday, September 19, 2012

calon jawatankuasa perwakilan pelajar.....cik fara masod

Name : Nur Fara Binti Masod
Born on : April 25, 1989
CGPA : 3.54
she can be contact by : cikpuanfara@gmail.com
                                   : 013-2389549
                                   : nur fara masod (fb:))
                                   : @nurfaramasod (twitter:))

manifesto : increase join venture programs between smf, psskm and i-mechy in the future.
                 : highly determined to ensure the progression in programs offered by the faculty.
                 : work hard in installing water-coolers and snack vending around faculty.
                 : produced a direct dialog between dean, deputy dean and fkm student to solve the internal 
                   conflict in between.

Testomonial : by anonymous
I think Ms Nur Fara as a fellow mechanical engineering student is a very diligent student, highly committed and mostly attentive to the arousing issues in the faculty. She is friendly :P most of the time. vote for her cause she is care. keep calm vote for NUR FARA MASOD....:))

Tuesday, June 5, 2012

program survival mahasiswa

assalammu'alaikum

Maaf sekiranya telah lama blog ini dibiar sepi tanpa sebarang maklumat-maklumat yang terkini :)
tidak lama lagi inshaAllah akan diperkenalkan ahli-ahli jawatan kuasa yang memegang jawatan didalam persatuan smf fkm diuitm s.alam ini.

Kembali kepada tujuan asal nak kongsi sedikit intipati program survival mahasiswa
Petang tadi telah dijalankan program survival mahasiswa dimana pengisiannya membawa para pelajar mengenal posisi diri dalam masyarakat. Program ini diketuai oleh En.Firdaus yang didatangkan khas dari jakarta dan dibantu dengan En.Zul seorang alumni uitm dari fakulti mascom. Program ini merupakan program yang menggembirakan. Dipenuhi dengan jenaka-jenaka  'Preve' dan lawak spontan 'harimau soleh' oleh penceramah utama dengan jayanya dapat mencuri perhatian pelajar.

Namun program ini sebenarnya lebih membawa akan pentingnya kepada para pelajar untuk mempunyai 3 jenis motivasi iaitu:

  • motivasi intelek
  • motivasi emosi
  • motivasi rohani (spiritual)
Ketiga-tiga jenis motivasi ini kalau dipraktikkan pasti akan menghasilkan para graduan atau lebih spesifik lagi para jurutera yang hebat yang mengenal akan asal usulnya dari mana dia datang dan kepada siapa dia akan kembali akhirnya. Kualiti diri ditambah lagi dengan nilai-nilai dibawah bagi membantu pelajar menangkis cabaran-cabaran di dunia luar.
  •   kekuatan misi dan misi (yang dipandu dengan syahadah)
  • personaliti yang unggul (solat)
  • kekuatan mengendalikan diri (puasa)
  • bersinergi (zakat)
  • total action (haji)

Banyak lagi perkara-perkara menarik yang hendak dikongsi namun buat masa sekarang ini sahaja yang dapat diberitakan.. nak tahu lebih lanjut sertailah program ini pada semester hadapan inshaAllah kalu de lagi :))

Wednesday, October 5, 2011

Pengambilan dan Penambahan Ahli Baru SMF-FKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Dengan hadirnya kedatangan sem baru dan kemasukan pelajar-pelajar baru yang dari lepasan matrikulasi dan lepasan diploma ini,maka SMF-FKM juga tidak lepas peluang juga untuk mengambil ahli-ahli baru untuk memeriahkan,menghangatkan dan merancakkan kelab ini.

Jadi, tanggal tarikh 5 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu, maka bertambahlah muka-muka baru ahli SMF bagi sesi 2011/2012 ini dan pada tarikh ini jugalah perjumpaan pertama bagi ahli baru dan juga ahli lama SMF. Jumlah pengambilan ahli kali ini diterhadkan kepada 30 orang sahaja, yang memohon lebih daripada 80 orang, jadi bagi memenuhi kuota yang ditetapkan,maka satu sesi temuduga telah pun dilakukan. Jadi, kepada ahli-ahli baru, selamat datang ke SMF FKM dan selamat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas yang diamanahkan.

Jadi, demi meraikan ahli-ahli baru SMF ini,maka disini terdapat 3 sebab kenapa anda beruntung menjadi ahli SMF.





1. Mengikat silaturrahim antara pelajar tidak kira berapa semester pun anda.

Seperti yang kita tahu, ahli-ahli SMF ini bukannya tertumpu kepada sem 5,6,7 (senior-senior je) ataupun sem 1,2,3(junior-junior je). Jadi,tahukah anda,dengan SMF ini,secara tidak langsung,junior boleh berkenal dengan senior dan senior pula boleh kenal junior. Tambahan pula lagi, junior boleh pinjam nota-nota abang-abang senior atau apa-apa saja. Senang cerita, junior ada kabel senior la.

2. Menambahkan soft skill.

Soft skill dalam google translate adalah kemahiran lembut. Eh, tak meki la lembut-lembut ni. Ok, soft skill ni bukanlah kemahiran lembut yang diterangkan oleh google translate. Soft skill sebenarnya adalah kemahiran insaniah dimana kemahiran kita dalam berkomunikasi, berinteraksi dan membuat kerja-kerja yang semestinya tiada dalam silibus fakulti. Contohnya, jika anda dilantik sebagai pengarah program ataupun apa-apa AJK sahaja dalam satu program,anda akan berjumpa dengan orang-orang pejabat,maka disinilah kemahiran berkomunikasi dan kemahiran tahan malu anda diasah. Bukan calang-calang orang yang berani nak jumpa Dekan atau Timbalan Dekan untuk meminta tandatangan. hehe..

3. Menambahkan koleksi sijil-sijil

Seperti yang anda tahu, setiap penyertaan anda akan disertakan sijil penyertaan. Dengan sijil-sijil ini,maka bolehlah anda selitkan dalam resume anda ketika ditemuduga kelak. Dengan sijil ini,anda bolehlah Dari jawatan pengarah program sehinggalah peserta akan mendapat sijil penyertaan. Jadi, bila ditemuduga nanti, bolehlah anda berkata pada juru temuduga tu nanti, "I am used to be Program Director for Meganite" atau apa-apa pun anda used to be. Beruntung bukan?

Sebenarnya,banyak lagi sebab-sebab kenapa anda beruntung dipilih menjadi SMF,contihnya setipa program yang dilakukan oleh fakulti,anda yang akan tahu dahulu. tapi selalunya entry panjang-panjang, tiada siapa yg akan baca,jadi cukuplah 3 sebab sahaja.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada ahli-ahli baru. You are the Chosen One.


Kenali Ahli SMF FKM sesi 2011/2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua warga FKM.




Kebanyakan ramai yang sudah tahu kewujudan SMF-FKM yang sudah lama bertapak di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal ini. Tapi tahukah korang, siapakah ahli-ahli di sebalik kelab ini. Jom kita suai kenal dengan carta organisasi di bawah ini.




Assalamualaikum dan masih belum terlambat agaknya jika pihak SMF-FKM mengucapkan selamat kembali ke UiTM Shah Alam setelah lama bercuti panjang.

"amacam cuti panjang best?"


Ok bye.

Friday, May 27, 2011

Trans GoCam

Trans GoCam adalah singkatan kepada perjalanan dari Gopeng ke Cameron Highlands dengan berjalan kaki. Memandangkan program Mechanical Expedition kali ini bukannya aktiviti jungle trekking sahaja, aktiviti-aktiviti lain yang dimuatkan dalam program ini adalah waterfall abseiling, caving di Gua Tempurung dan water tubing. Aktiviti-aktiviti ini hanya terdapat di Gopeng. Oleh itu, perjalanan program ini ditukar dari Cameron Highlands ke Gopeng. Dukacita dimaklumkan program ini tidak mencapai misi yang sebenar iaitu sampai ke destinasi yang ingin dituju. Apa-apa pun semua yang berlaku ada hikmahnya. Sakit,seronok,sedih; semua dicampur gaulkan menjadi pengalaman. Dan dari pengalaman itulah datangnya persahabatan antara peserta.




Eh, takkan tu je?
Ok.Jom kita panjangkan cerita.


Program ini berjalan selama lima hari iaitu dari 11-15 Mei 2011. Masa berkumpul adalah jam 7 pagi. Ketika itu,peserta perlu menanda kehadiran masing-masing. Sementara menunggu bas, peserta diberi 1 set sarapan pagi yang berkhasiat dan seimbang iaitu roti berperisa coklat Gardenia, 1 pek choki-choki, Mentos dan ubat malaria. Jumlah peserta ialah 60 orang termasuk empat staff pengiring dan Naib Dekan. Tetapi, Naib Dekan dan dua orang lagi staff pengiring tidak bersama-sama menaiki bas untuk berjungle trekking. Mereka akan menyertai program di Gopeng. Bagi memuatkan jumlah peserta, dua buah bas UiTM di hatiku disediakan. Dalam jam 8 pagi, maka bertolaklah mereka ke Cameron Highlands.

Dipendekkan cerita, dalam jam 2 petang,sampailah ke destinasi yang dituju iaitu Cameron Highlands. Di sana, guider-guider telah menyediakan dan membahagikan makanan untuk empat hari. Di dalam hutan, peserta dikehendaki untuk masak sendiri. Sebelum memulakan perjalanan, guider telah memberi sedikit briefing. Sebelum terlupa, guider ini semua dibawah Radak Adventure Consultant. Untuk like page mereka, sila klik link ini; http://www.facebook.com/pages/Radak-Adventure-Consultant/166023063413674
Anggaran jam 3 petang,maka bergeraklah peserta menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu dari Cameron Highlands ke Gopeng. Pada hari pertama ini, perjalanan bergerak menuju Kem Sungai Jantung melalui Gunung Ruil. Perjalanannya agak mencabar kerana ada yang mendaki dan ada yang menuruni curam yang lebih kurang 50-70 darjah. Paling awal yang sampai adalah jam 6 petang dan yang paling lambat jam 12 tengah malam. 'Jangan tanya kenapa?'

Hari kedua, pagi-pagi lagi,peserta dikehendaki memasak untuk makan tengahari ketika dalam perjalanan. Sampah-sampah tak akan ditinggalkan dalam hutan. Apa yang dibawa pergi, itulah yang dibawa pulang. Sayangilah hutan negara kita. Dalam jam 10 pagi, maka perjalanan diteruskan ke Kampung Sungai Atap (Perkampungan Orang Asli). Dalam perjalanan ini,peserta terpaksa menempuhi anak-anak sungai dan sungai. Di sinilah plot perjalanan mula berkembang. Peserta bukan sahaja terpaksa menempuhi sungai,malah pada lewat tengahari hari tersebut,hujan renyai mula turun membasahi hutan. Dan perjalanan kami tergendala dan kami berehat di sungai yang mempunyai batu-batu besar untuk duduk. Pada mulanya, salah seorang guider daripada Radak Adventure Consultant pergi memeriksa jalan lain untuk ke kampung orang asli tersebut,tetapi malangnya jalan yang akan ditempuhi itu dihalang dengan pokok-pokok buluh yang besar. Parang yang dibawa mereka pun tidak lut untuk menebang buluh-buluh tersebut. Memandangkan juga dengan keadaan peserta yang kurang berstamina yang sampai lewat malam pada hari pertama dahulu, perjalanan mungkin akan makan lebih dari empat hari. Oleh itu, nak tak nak terpaksalah peserta GoCam ini berpatah balik ke kem side yang hari pertama dahulu. Membawa hati yang mendung dan kesedihan yang besar bak orang mengandung,maka berpatah baliklah mereka. Peserta terpaksa menempuhi semula anak-anak sungai dan curam-curam dan gaung dan memasang semula khemah-khemah dan masak di kem side pada hari pertama tersebut. Semuanya ini seperti deja-vu dan disebalik kejadian ada hikmahnya.

Hari ketiga merupakan hari untuk berpatah balik ke tempat yang mula-mula peserta sampai sebelum memulakan perjalanan dahulu. Seperti hari kedua, pagi-pagi lagi peserta dikehendaki memasak untuk makan tengahari dan dalam jam 10 pagi maka mulalah perjalanan patah balik ke tempat asal. Jika sebelum ini, peserta menuruni curam 50-70 darjah dan kali ini peserta terpaksa pula mendaki curam tersebut. Dan disinilah klimaks perjalanan bermula, terdapat 3 orang peserta yang kurang bernasib baik tidak dapat bersama-sama untuk sampai ke tempat asal. Mereka terpaksa bermalam dalam hutan selama beberapa hari bersama-sama dengan guider. Kenapa? Mereka bukan cedera cuma fizikal mereka tidak mengizinkan mereka untuk bersama-sama peserta -peserta lain. Semua ini, memang di luar jangkaan bak kata salah seorang guider yang lebih kurang berbunyi, "Kita tak boleh jangka semua ni,sebab kita deal ngan nature." Dalam jam 6 petang semua peserta berjaya berkumpul bersama-sama selain daripada 3 orang peserta tadi. Selepas solat jamak taqdim Maghrib dan Isyak, peserta dibawa menaiki van ke kem side yang mempunyai gazebo dan tandas juga disediakan. Disitu, peserta diberikan makanan dari pihak Radak sendiri.

Hari keempat, peserta dibawa menaiki bas persiaran ke Gopeng iaitu tempat dimana akan berjalannnya aktiviti waterfall abseilling. Jam 8 pagi,maka bertolaklah mereka dari Cameron Highlands ke Gopeng. Sampai di Gopeng pula, peserta dibawa menaiki lori untuk ke tapak waterfall abseilling iaitu Kampung Ulu Geruntum. Disana, naib Dekan dan dua orang staff pengiring sampai ke tapak aktiviti. Sebelum memulakan aktiviti, peserta diberikan makanan tengahari. Dalam jam 3 petang maka bermulalah aktiviti waterfall abseilling. Dukacita dimaklumkan, dekat-dekat nak Asar hujan sekali lagi mencemburui aktiviti kali ini. Tapi kali ini hujan lebat. Nak tak nak seperti yang dikatakan tadi,bukan salah siapa jika kita deal dengan nature, jadi, terpaksalah oeserta pulang ke kem side.

Malangnya, tidak semua peserta berkesempatan untuk melakukan waterfall abseilling. Peserta dibawa ke kem side di Kampung Jahang. Disana, khemah semua telah disediakan. Pada malam tersebut, peserta dijamukan dengan hidangan BBQ, sosej, bihun dan nasi goreng. Apa pula cerita dengan 3 orang peserta itu tadi? Mereka Alhamdulillah selamat sampai selepas peserta sudah hampir melicinkan hidangan-hidangan tersebut. Apa-apa pun, lamabat atau tidak,yang penting keselamatan mereka terjamin. Terima kasih kepada Radak Adventure Consultant.

Hari kelima dan juga terakhir. Pada hari tersebut, peserta akan menjalankan aktiviti caving di Gua Tempurung dan seperti biasa perjalanan dari kem side ke Gua Tempurung itu dengan menaiki lori. Dipendekkan cerita, selepas aktiviti caving itu, peseeta diberikan makanan tengahari dan selepas itu dengan menaiki lori,peserta dibawa ke Lubuk Pulai di mana peserta akan menjalankan aktiviti water tubing. Sebelum itu, water tubing ialah peserta diberi jaket keselamatan dan pelampung. Peserta dikehendaki duduk diatas pelampung itu dengna teknik yang betul dan mengikut arus sungai dan sampai ke kem side Kampung Jahang semula. Alhamdulillah walaupun hujan renyai-renyai tetapi aktiviti ini berjaya juga dilaksanakan. Sampai sahaja di kem side,pserta diberi makan petang dan terus bersiap-siap untuk pulang ke Shah Alam semula. Dalam jam 5 petang, maka pulanglah peserta ke UiTM di hatiku.

Trans GoCam ; Gopeng - Cameron tapi Cameron - Gopeng tapi takpelah dimaafkan sebab aktiviti banyak kat Gopeng tapi..patah balik ni nak panggil apa?
Apa-apa pun semuanya Alhamdulillah selamat dan tiada pelajar yang dilaporkan mati. Demam-demam,kecederaan kecil itu semua biasa. Dari Trans GoCam inilah peserta mendapat pengalaman dan persahabatan yang tidak dapat dibeli di mana cawangan-cawangan kedai ataupun kompleks membeli-belah.

Kali ini, kita tak layan gambar, kita layan gambar slide video yang simple ini. Harap anda semua terhibur. Assalamualaikum dan salam sejahtera.