Friday, April 16, 2010

Panjatkan Hajatmu


Pada 8 April, 2010 berlangsungnya program “ Panjatkan Hajatmu ” anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti yang diadakan bersempena peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang. Program ini diadakan di dewan seminar aras 7 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Program ini bertujuan untuk memohon kepada ALLAH sempena peperiksaan yang bakal tiba agar ditenangkan hati dan dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan, untuk merapatkan silaturrahim dan muhibah dikalangan pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, mewujudkan sifat rendah diri, mengabdikan diri kepada ALLAH serta mewujudkan rasa tanggung jawab kepada diri dan agama.
Bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot tazkirah, dan diteruskan dengan bacaan yassin, solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat. Para tetamu bersurai pada pukul 2.30 petang setelah selesai jamuan makan petang.
Program “ Panjatkan Hajatmu “ yang dihadiri hampir 70 orang pelajar, staf, dan pensyarah ini berjalan dengan lancar. Diharap agar program-program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya seluruh warga UiTM terutamanya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri akan mendapat berkat ilmu daripada Allah.InsyaAllah.

Saturday, April 10, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Sekretariat Mahasiswa Fakulti UiTM 2010/2011

Majlis yang berlangsung pada 8 April 2010,Khamis diadakan di perkarangan Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam bermula pada pukul 8.30 malam.Setibanya tetamu kehormat, para tetamu menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Wawasan Setia Warga UiTM beramai-ramai.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Di-Pertua MPP Muhammad Ridhwan bin Mat Salleh, tetamu kehormat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dato Dr. Nassudin Othman dan penyerahan watikah kepada wakil-wakil Sekretariat Mahasiswa Fakulti seluruh fakulti.Setelah selesai,tetamu menyanyikan lagu UiTM DiHatiku.Para hadirin menjamu selera dan majlis berakhir sekitar 10.00 malam.Majlis yang berlangsung selain menyuntik semangat kepada semua ahli Sekretariat Fakulti untuk berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab,ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli sekretariat pelbagai fakulti dan Majlis Perwakilan Pelajar.Semoga majlis-majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.