Thursday, March 11, 2010

Megaday 2010



Tarikh : 5,6,7 Mac 2010
Megaday merupakan satu aktiviti yang dijalankan hampir setiap semester dan merupakan antara program penting dalam Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.Program ini dijalankan untuk membina semangat kesukanan yang tinggi dan persaingan sihat di antara warga Kejuruteraan Mekanikal.Selain itu,bakat-bakat baru yang terpendam daripada warga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dapat dicungkil dan diasah.Atlit-atlit fakulti yang terbaik dapat dipilih seterusnya pasukan yang mantap dapat dibentuk untuk persiapan cabaran Sukan Antara Fakulti ( SAF ).Antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton,pingpong,futsal,tenpin bowling dan larian Mega Tower.

Tuesday, March 2, 2010

Team Building Camp SMF-PSSKM 2009/2010


Team Building Camp SMF-PSSKM 2009/2010
Tarikh : 13,14 dan 15 Februari 2010
Hari : Sabtu,Ahad,Isnin
Lokasi : Kem Nur Lembah Pangsun,Hulu Langat,Selangor
Perkhemahan selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh ahli-ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal (PSSKM ) adalah bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara ahli-ahli kelab tersebut seterusnya memudahkan kerjasama dalam program-program berkaitan fakulti mekanikal di UiTM Shah Alam.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut antaranya adalah latihan dalam kumpulan ( LDK ),bengkel mempelajari cara membuat kertas kerja untuk mengendalikan program,solat berjemaah, Treasure Hunt,Pond Rafting dan banyak aktiviti luar menarik yang lain.Malam kebudayaan juga diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk menonjolkan bakat masing-masing.
Pada malam penutup,majlis dimeriahkan dengan jemputan istimewa,Dekan Fakulti Mekanikal dan Pengurus Kem Nur Lembah Pangsun sendiri.Kumpulan yang terpilih pada malam kebudayaan turut membuat persembahan pada malam penutup diikuti dengan persembahan tambahan,nyanyian daripada “Meche Boy”.
Perkhemahan ini berakhir sekitar pukul 12 tengahari 15 Februari 2010 selepas hadiah-hadiah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya.Pegawai pengiring turut menyediakan hadiah tambahan kepada peserta lelaki paling ceria dan peserta perempuan paling ceria.