Saturday, August 30, 2008

Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa

28 Ogos 2008 merupakan malam gemilang bagi penerima Anugerah Dekan dalam Peperiksaan April 2008. Majlis yang dihadiri seramai 50 pelajar cemerlang berlangsung di Dewan Seminar Aras 7 Blok 3 Bangunan S&T. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar, Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas.

Saturday, August 2, 2008

Titian Muhibbah 2

Titian Muhibbah 2 yang merupakan kesinambungan daripada Titian Muhibbah 1 menyaksikan penglibatan 'Engines Union' buat julung kalinya. Program ini berlangsung selama sehari pada 27 Julai 2008. Penyatuan keempat-empat fakulti kejuruteraan oleh Engines Union menjadikan program Induction Engines ini berjalan lancar. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar-pelajar baru Kemasukan sesi Julai 2008.