Monday, August 31, 2009

Gotong-Royong Bilik Gerakan

18 Ogos 2009, kami di SMF telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan bilik gerakan kami dan sekaligus untuk mengemaskini semua dokumen-dokumen penting untuk digunakan pada masa akan datang. Sebahagian ahli mengambil bahagian untuk sama-sama membersihkan dan mengemas untuk keselesaan bersama. Aktiviti ini turut dibantu dengan sebahagian ahli-ahli PSSKM. Berikut adalah sebahagian gambar semasa aktiviti tersebut dijalankan...
























































Rajin betul ahli-ahli kita ni ye.. sampai terduduk-duduk, tergolek-golek buat kerja. Apa-apa pun, bilik gerakan itu adalah tanggungjawab kita bersama sebab kita yang gunakan selalu. Jadi sentiasa jaga kebersihan dan kekemasan bilik gerakan kita...:-)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52

Kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, kami ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang Ke-52. Sungguhpun sambutan tahun ini tidak beberapa meriah bagi menghormati bulan ramadhan, namun semangat patriotik haruslah diterapkan dalam nilai diri masing-masing agar kita sentiasa dapat mengingati sejarah silam negara sama ada pahit atau manis yang dilalui oleh nenek moyang kita dan sentiasa menghargai serta bersyukur kerana anda semua adalah rakyat Malaysia yang hidup harmoni dengan rakyat berbilang bangsa. Sama-sama kita semaikan semangat 1 Malaysia bagi memberikan sokongan penuh kepada pucuk pimpinan negara dan kemerdekaan kita kali ini. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Saturday, August 29, 2009

Perodua Eco-Challenge

Cuti semester yang lepas kami telah dijemput oleh Team ArTec FKM untuk menjadi pengurus untuk mencari pasukan sorak untuk menyokong FKM dalam pertandingan Perodua Eco-Challenge. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar FKM dibawah bimbingan En. Ramlan Kasiran. Pertandingan tersebut adalah bertujuan untuk mengubahsuai kereta perodua MyVi yang diberikan oleh pihak Perodua dengan objektif untuk penjimatan minyak. Modifikasi telah dibuat oleh pelajar-pelajar tersebut dari segi design luaran dan dalaman, serta enjin kereta tersebut turut dimodifikasi untuk mencapai objektif pertandingan tersebut.Gambar menunjukkan kereta MyVi yang telah diubahsuai oleh mereka. Rasa-rasanya body-kit untuk kereta MyVi ini memang tidak jual dimana-mana kerana semuanya dihasilkan sendiri oleh idea mereka yang kreatif dengan bantuan mesin-mesin kejuruteraan yang terdapat di fakulti kami. Secara tidak langsung, kami sebagai pelajar kejuruteraan Mekanikal amat berbangga dengan kemudahan yang ada di fakulti kami sendiri. Hampir seluruh pelajar FKM yang sedang menjalani Short Course pada cuti semester tersebut tampil untuk turun bersama-sama memberi sokongan kepada Team FKM. Universiti-universiti lain seperti Uniten, UniMAP, UKM, dan banyak lagi turut menyertai pertandingan ini. Kereta FKM-UiTM telah dipandu oleh pensyarah kita sendiri iaitu En. Azhan dan beliau amat cekap dalam memandu kenderaan tersebut dan bijak untuk menggunakan minyak yang ditetapkan oleh pertandingan iaitu 1 liter minyak serta penguasaan beliau di litar Speedway Subang Jaya. Sungguhpun tidak menang, namun nama FKM turut tercatat di tempat ke-2 dalam kategori pengubahsuaian yang menarik. Pencapaian tersebut sudah cukup untuk menaikkan nama fakulti di peringkat lebih tinggi sekaligus mengharumkan nama UiTM. SYABAS!!! Team FKM.... Gambar-gambar lain sebelum dan semasa pertandingan boleh anda lihat di slideshow sebelah kanan artikel ini.

Friday, August 28, 2009

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Kami di SMF FKM mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan. Semoga segala amal ibadah kita semua diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Thursday, August 27, 2009

Barisan Kepimpinan Sesi 09/10

MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN: SHAHRUL REZA B. ABDUL MOA'IT
TIMBALAN PRESIDEN 1: MUHAMMAD ZULAFANDI B. MOHAMAD HARIS
TIMBALAN PRESIDEN 2: MOHD IZDIHAR B. SAMSUDIN
SETIAUSAHA: FARAH SALWANI BT. ABDUL HALIM
BENDAHARI: FARHANA BT. SAMIL

EXCO-EXCO

PENGADUAN AWAM:
ABDUL HAZIQ B. SUBOH
AKADEMIK & KERJAYA:
NADIA BT. MD RAZIB
NOR ASUHAILA BT ABDUL HAMID
USAHAWAN:
MOHD SHAFIQ B. MOHD SAAD
ASRI B. MD SHAH
PERHUBUNGAN DALAMAN:
MUHAMMAD FIKRI B. JANUDIN
MOHD RASYIDE B. HASSAN
INFORMASI, PUBLISITI & PEMBANGUNAN ICT:
AHMAD SYAHMI B. MOHD SALLEH
NORAZIZAH BT. YACOB
NON-RESIDENT:
AMIRHAMZAH B. MOHAMED TAJUDIN
MUHAMMAD FARHAN B. ZAINAL
KEPIMPINAN & KEROHANIAN:
MOHD AZIIM B. ABDUL RAZAK
ILE NURLYANA BT. ABDULLAH SHAIMI
PERHUBUNGAN LUAR & PENGANTARABANGSAAN:
NOOR AIDIL FARHANA BT. ALIAS
NURUL HANIS BT. SUBOH
SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN:
AHMAD AZLAN B. ASRI
AHMAD ZUBIR B. MOHAMED RADZI
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN:
NURSYAZWANI BT. AHMAD
KAMILAH BT. AHMAD

Program Bersamamu TV3

Pertama sekali kami memohon maaf kerana tidak sempat untuk update blog ini disebabkan hal-hal dalaman yang tidak dapat dielak. Selepas ini blog ini akan diteruskan dipost. Kami juga mengucapkan terima kasih atas kesudian anada untuk memberi komen dan cadangan serta sudi melayari blog ini terima kasih. Teruskan melayari... Ikhlas dari SMFKM (Bermaklumat, Effisyen, Integriti)....
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan satu program amal dan kebajikan pada cuti semester 08/09 iaitu pada 21 dan 22 Mei 2009 iaitu pada hari khamis & jumaat. Program tersebut adalah program realiti yang disiarkan oleh TV3 iaitu Bersamamu TV3 yang dijalankan di Changloon,Kedah. Ini adalah program pertama diadakan bersama TV3. Program ini telah disertai oleh AJK SMF, sebahagian pelajar-pelajar FKM dan beberapa orang staf FKM. Perjalanan dari UiTM Shah Alam bermula pada pukul 4.00 ptg dengan bas Persiaran yang disediakan oleh pihak UiTM. Hari pertama perjalanan ke destinasi amat memenatkan kerana mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Kami tiba di Changloon hampir waktu tengah malam dan tempat kami menginap adalah di T-Hotel. Walaupun ia adalah bajet hotel namun perkhidmatan dan kemudahan yang ada di hotel tersebut cukup untuk menghilangkan rasa penat kami sepanjang perjalanan. Hari kedua kami bertolak pagi ke rumah yang di tempatkan untuk aktiviti shooting atau yang sebenarnya adalah aktiviti gotong-royong mengemas kawasan rumah pemilik tersebut. Maaf, kami tidak beberapa ingat nama pemilik rumah ini dan nama kampung tersbut, tetapi rumah tersebut terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Pandangan pertama melihat rumah tersebut membuatkan kami tersentak dengan keadaan rumah tersebut. Kawasan di sekeliling rumah tersebut tidak terurus dan sampah banyak terkumpul di bahagia sebelah kiri rumah tersebut. Dengan jentera hijau kami bawa dari Shah Alam, kawasan tersebut telah dibersihkan sebelum masuk waktu untuk solat Jumaat. Pada waktu petang pula iaitu selepas solat Jumaat kami singgah ke rumah tersebut untuk kali terakhir untuk berbual-bual bersama anak-anak pemilik rumah tersebut. Apa yang menarik semasa kami bergotong-royong adalah kelibat anak-anak kecil pemilik rumah tersebut iaitu Ayim dan Ad. Mereka berdua memang sangat hyperaktif dan kelakar. Terutamanya ad yang berbaju spiderman, dia memang suka melayan kami seolah-olah telah mengenal kami dah lama. Ad ada 'trademark'nya iaitu kata-kata binatang dari cerita kartun wonderpets. "APA YANG PENTING, KERJASAMA!" itulah laungan kata Ad setiap kali kami sedang bergotong-royong. Laungan tersebut sedikit sebanyak memberikan semangat bagi setiap orang yang bekerja. Ayim pula nakal sedikit, tapi yang memeranjatkan kami, dia bole pegang ulat bulu yang kita rasa geli nak pegang tu selamber saja. Cuba lihat gambar disebelah, rasa-rasanya orang-orang bandar berani tak pegang ulat bulu yang berbulu itu. Lagi-lagi kaum hawa, mahu dia orang menjerit. Sambil berbual di waktu petang, kami sempat mengambil sedikit masa anak-anak pemilik tersebut iaitu seramai 7 orang untuk sesi motivasi bagi memberikan keyakinan mereka untuk terus menjalani kehidupan walau dalam keadaan macam mana sekali pun serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka supaya rajin belajar dan dapat menolong adik beradik serta ibu mereka kelak. Sesi shooting berjalan dengan lancar kerana tidak ada masalah untuk TV3 merakamkan scene-scene kami bekerja dan pujian turut diberikan kepada mereka yang turut sama menolong kami mengemas rumah tersebut. Kami berasa gembira dapat menabur bakti memberikan pertolongan untuk orang-orang seperti ini. Kami bukan sahaja mementingkan pelajaran subjek-subjek kejuruteraan kami yang susah-susah tahap maksimum, namun kerja amal tetap kami utamakan bagi membentuk peribadi ahli-ahli smf dan rakan-rakan FKM lain tentang pentingnya menghargai dan bersyukur dengan semua nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T. Perjalanan kami ke Shah Alam bermula pada pukul 8 malam selepas selesai solat maghrib. Kenangan dalam program ini memang tidak dapat dilupakan dan orang-orang di sana pasti akan mengingati nama-nama kami dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal terutamanya abang Azam, Reza, Apek, kak lyra dan yang lain-lain. Tanpa yang lain juga program ini tidak akan berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada pelajar lain juga yang sanggup untuk mengambil masa waktu belajar untuk ShortCourse semata-mata untuk memberikan pertolongan kepada kami. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh anak-anak buah kami di SMFKM.