Saturday, August 29, 2009

Perodua Eco-Challenge

Cuti semester yang lepas kami telah dijemput oleh Team ArTec FKM untuk menjadi pengurus untuk mencari pasukan sorak untuk menyokong FKM dalam pertandingan Perodua Eco-Challenge. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar FKM dibawah bimbingan En. Ramlan Kasiran. Pertandingan tersebut adalah bertujuan untuk mengubahsuai kereta perodua MyVi yang diberikan oleh pihak Perodua dengan objektif untuk penjimatan minyak. Modifikasi telah dibuat oleh pelajar-pelajar tersebut dari segi design luaran dan dalaman, serta enjin kereta tersebut turut dimodifikasi untuk mencapai objektif pertandingan tersebut.Gambar menunjukkan kereta MyVi yang telah diubahsuai oleh mereka. Rasa-rasanya body-kit untuk kereta MyVi ini memang tidak jual dimana-mana kerana semuanya dihasilkan sendiri oleh idea mereka yang kreatif dengan bantuan mesin-mesin kejuruteraan yang terdapat di fakulti kami. Secara tidak langsung, kami sebagai pelajar kejuruteraan Mekanikal amat berbangga dengan kemudahan yang ada di fakulti kami sendiri. Hampir seluruh pelajar FKM yang sedang menjalani Short Course pada cuti semester tersebut tampil untuk turun bersama-sama memberi sokongan kepada Team FKM. Universiti-universiti lain seperti Uniten, UniMAP, UKM, dan banyak lagi turut menyertai pertandingan ini. Kereta FKM-UiTM telah dipandu oleh pensyarah kita sendiri iaitu En. Azhan dan beliau amat cekap dalam memandu kenderaan tersebut dan bijak untuk menggunakan minyak yang ditetapkan oleh pertandingan iaitu 1 liter minyak serta penguasaan beliau di litar Speedway Subang Jaya. Sungguhpun tidak menang, namun nama FKM turut tercatat di tempat ke-2 dalam kategori pengubahsuaian yang menarik. Pencapaian tersebut sudah cukup untuk menaikkan nama fakulti di peringkat lebih tinggi sekaligus mengharumkan nama UiTM. SYABAS!!! Team FKM.... Gambar-gambar lain sebelum dan semasa pertandingan boleh anda lihat di slideshow sebelah kanan artikel ini.

1 comment:

Anonymous said...

Correction ... we did actually win in two categories;

1. 3rd. in longest distance auto category
2. 2nd in engineering and design