Monday, November 24, 2008

Pangkor Mission 2008

Jentera SMF 07-08 dengan jayanya menganjurkan PANGKOR MISSION 2008 bertempat di Raudhah Camp, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 19 November sehingga 21 November 2008. Peserta bersama Urusetia dan Pegawai Pengiring iaitu En. Azli, En. Azerif dan En Firhan bertolak lewat jam 9.30 pagi. Perjalanan yang memakan masa 5 jam akhirnya tiba di Jeti Lumut kira-kira jam 2.30 petang.
Program yang bermula jam 4.30 petang merangkumi aktiviti-aktiviti yang menarik. Antaranya Ice Breaking, War Game, Snorkeling, Kayak, Jungle Trekking, Dinner BBQ, Mechanical Engneering Night Survival dan Lawatan ke Kota Belanda, Great Wall dan Kilang Membuat Sate. Dekan FKM turut hadir mengikuti aktiviti lawatan tersebut.
Pihak Urusetia memohon maaf di atas segala kesilapan, kekurangan, keterlanjuran bahasa dan kecelakaan sepanjang menganjurkan Pangkor Mission 2008 ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk para peserta sekalian.
Galeri-Gambar

Saturday, November 15, 2008

Selamat Berkursus

Kami dari pihak Urusetia mengucapkan Selamat Berkursus kepada peserta Pangkor Mission pada 19-21 November 2008 ini. Semoga anda dapat menimba seberapa banyak pengalaman daripada kursus ini. Jumpa di sana~

Wednesday, September 24, 2008

Majlis Buka Puasa & Solat Hajat

Sempena sambutan Ramadhan al-Mubarak, SMF FKM berbesar hati mengadakan Majlis Buka Puasa & Solat Hajat. Majlis yang berlangsung seawal 6.45 petang dikunjungi seramai 200 orang pelajar dan staf FKM. Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar FKM, Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas dijemput merasmikan majlis yang bertempat di Foyer S&T ini. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung bersama-sama mengimarahkan malam Ramadhan ini dengan Solat Terawih dan Solat Hajat berjemaah.

Sunday, September 14, 2008

Malam Gemilang Ramadhan Bersama Anak-anak Yatim

Pada bulan mulia, Ramadhan al-Mubarak yang lalu, SMF FKM bersama-sama sukarelawan daripada Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal (PSSKM) menganjurkan program amal bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Kedatangan kami. menghiburkan seramai lebih kurang 30 anak yatim yang menghuni Rumah Amal ini. Kehadiran Dekan FKM dan beberapa pensyarah dan staf FKM memeriahkan majlis lagi berbuka puasa yang berlangsung pada sebelah malamnya. Program berakhir dengan solat terawih berjemaah.

Saturday, August 30, 2008

Malam Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa

28 Ogos 2008 merupakan malam gemilang bagi penerima Anugerah Dekan dalam Peperiksaan April 2008. Majlis yang dihadiri seramai 50 pelajar cemerlang berlangsung di Dewan Seminar Aras 7 Blok 3 Bangunan S&T. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar, Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas.

Saturday, August 2, 2008

Titian Muhibbah 2

Titian Muhibbah 2 yang merupakan kesinambungan daripada Titian Muhibbah 1 menyaksikan penglibatan 'Engines Union' buat julung kalinya. Program ini berlangsung selama sehari pada 27 Julai 2008. Penyatuan keempat-empat fakulti kejuruteraan oleh Engines Union menjadikan program Induction Engines ini berjalan lancar. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar-pelajar baru Kemasukan sesi Julai 2008.

Sunday, March 2, 2008

Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa

27 Februari 2008 yang lalu, SMF FKM telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa. Majlis ini merupakan gabungan bersama Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan kepada SMF sesi 07-08 dan Jawatankuasa PSSKM sesi 07-08. Tidak lupa juga Sekalung Penghargaan diberikan kepada ahli-ahli SMF yang telah berkhidmat kepada pelajar dan fakulti pada sesi 06-07. Majlis yang berlangsung lewat 2.00 petang ini dirasmikan oleh Dekan FKM, Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar.

Monday, January 14, 2008

Titian Muhibbah 1

Titian Muhibbah merupakan siri program 'Induction Engines' yang menjadi tradisi Fakulti-fakulti Kejuruteraan mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baru sesi Disember 2007 . Banyak aktiviti dijalankan antaranya LDK, Explorace, Sukaneka dan Dinner Engines. Seramai 100 crew terlibat yang terdiri daripada SMF dan Persatuan-persatuan dalaman membantu menjayakan program ini.

Wednesday, January 2, 2008

BARISAN KEPIMPINAN SMF SESI 07-08

MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN: MOHD FARHAN B. ABDUL RAHIM
TIMBALAN PRESIDEN: MUAZZAM SYAH B. ISMAIL
SETIAUSAHA: NOOR AIDIL FARHANA BT. ALIAS
PEN. SETIAUSAHA: NURUL FARAHANA BT. HASHIM
BENDAHARI: NURSYAZWANI BT. AHMAD

BIRO

PENGADUAN AWAM:
NOR LIYANA BT. JAAFAR
NIFIDAH BT. NGADI
AKADEMIK & KERJAYA:
NURUL HANIS BT SUBOH
USAHAWAN:
ROSHAIDAYATI BT. MUSA
NOR ASUHAILA BT. ABDUL HAMID
PERHUBUNGAN DALAMAN:
RUZAINI SAFWAN BIN MOHD MAULUD
ZAINUL ABIDIN B. OTHMAN
INFORMASI, PUBLISITI & PEMBANGUNAN ICT:
MUHAMMAD KHAIRUDDIN B. ZAIDY
SHAHRUL REZA B. ABD MOAIT
NON-RESIDENT:
MUHAMMAD FIKRI B. JANUDIN
MOHD IZDIHAR B. SAMSUDIN
KEPIMPINAN & KEROHANIAN:
ZED EZRIQ B. HADZRI
SHAHZAN HAFIZ B. SAMSUDIN
SUKAN, REKREASI & KEBUDAYAAN:
MUHAMMAD ZULAFANDI B. MOHAMAD HARIS
FARHANA BT. SAMIL
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN:
NOORUL NADIA BT. MUHAMAD
FARAH SALWANI BT. AB HALIM