Sunday, April 24, 2011

Mechanical Expedition 2011

Anda seorang yang mempunyai hobi mendaki bukit,memanjat gunung dan sebagainya?
Anda sihat tubuh badan dan berstamina tinggi?
Selepas final exam, anda tidak mempunyai aktiviti yang menarik?
Tidak tahu nak buat apa cuti panjang ni?

Jika semua jawapan anda Ya, ayuhlah menyertai 'Mechanical Expedition 2011' yang akan diadakan pada 11-15 Mei 2011 anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF). Tentatif program sudah pun siap,anda boleh lihat di bawah ini.


Hari 1 (11 Mei 2011)

0900 - 1000 jam : Berkumpul di tempat permulaan (Brinchang, Cameron Highlands).

Taklimat oleh penunjuk arah.

1000 - 1200 jam : Pembahagian kumpulan

Persiapan untuk makan tengah hari.

1200 - 1800 jam : Bermula perjalanan ‘jungle trekking’.

Bergerak ke Kem Sungai Jantong melalui Gunung Ruil.

Menyiapkan khemah untuk bermalam.

Persiapan untuk makan malam.

Hari 2 (12 Mei 2011)

0700 - 0900 jam : Persiapan untuk sarapan pagi.

0900 - 1300 jam : Bergerak ke Kampung Sungai Atap.

Makan tengah hari.

1300 - 1800 jam : Bermula perjalanan. Bergerak ke Kem Kaki Riboo.

Menyiapkan khemah untuk bermalam.

Persiapan untuk makan malam.

Hari 3 (13 Mei 2011)

0700 - 0900 jam : Persiapan untuk sarapan pagi.

0900 - 1300 jam : Bergerak ke Kampung Empang Besar melalui Sungai Penjalin.

Makan tengah hari.

1200 - 1700 jam : Teruskan perjalanan. Bergerak ke Gopeng.

Sampai di Gopeng. Bergerak ke tapak perkhemahan (campsite).

Menyiapkan khemah untuk bermalam.

1700 - 0000 jam : BBQ Dinner.

‘Outdoor games’.

Hari 4 (14 Mei 2011)

0700 - 0900 jam : Persiapan untuk sarapan pagi.

0900 - 1300 jam : Bergerak ke Gua Tempurung untuk eksplorasi gua.

Taklimat keselamatan oleh pemandu. Perjalanan bermula.

Makan tengah hari.

1300 - 1700 jam : Bergerak ke Lubuk Pulai untuk aktiviti ‘water tubing’.

Taklimat keselamatan oleh pemandu.

Perjalanan ini memakan masa kerana perlu melalui sekitar 3.5 kilometer

dengan 4 jeram sepanjang jalan.

1700 - 1900 jam : Tiba di perkhemahan.

Penyegaran (rehat).

2000 - 0000 jam : Makan malam.

‘Outdoor games’.

Hari 5 (15 Mei 2011)

0700 - 0900 jam : Persiapan untuk sarapan pagi.

0900 - 1300 jam : Bergerak ke Kampung Ulu Geruntum untuk aktiviti ‘waterfall abseiling’.

Taklimat keselamatan oleh pemandu. Perjalanan bermula.

1300 - 1700 jam : Makan tengah hari.

Siap untuk bergerak pulang ke UiTM Shah Alam.

Program berakhir.



Dah baca tentatif program dah? Banyakkan aktiviti-aktiviti menarik??Berminat??apa tunggu lagi??sila ke Bilik Kecemerlangan Aras 5 Blok 2 bagi mengambil borang penyertaan. Penyertaan adalah terhad,terbuka kepada 60 peserta tetapi jumlah tersebut mungkin akan dikurangkan atas sebab-sebab tertentu. Siapa cepat, dia dapat. Serius tak rugi pun, kalau nak join. Bila lagi nak berekspedisi macam ni. Bayaran yang dikenakan pun sangatlah murah dan berbaloi. Hanya RM20 sahaja yang dikenakan. Sijil dapat, baju program dapat dan pengalaman manis dan pahit yang tak boleh dapat di mana-mana cawangan kedai atau di kompleks beli-belah.

Ini design baju program yang akan kita pakai nanti, hanya 1 sahaja yang akan dipilih.




Ok sampai di sini sahaja, sebarlah aktiviti ni kat kawan-kawan yang lain. Biar seronok sama-sama dengan kawan. Peace be upon you.

Saturday, April 23, 2011

MEGANITE 2011


Assalamualikum w.b.t. Minta maaf kerana lambat update blog kali ni. Almaklumlah, final exam just around da corner. Okeh, soal exam kita tolak tepi dulu. Back to the business, blog kali ni nk update pasal event yang lepas iaitu Meganite 2011.
Meganite 2011??? "bapak arr,baru nak post..benda tu dah lama kot!!"
Ya, mungkin ada di antara anda akan cakap macam tu. So,sekali lagi saya mintak maaf atas kesulitan yang di alami.

Meganite 2011 kembali lagi menggegarkan Intekma Resort pada 31 Mac 2011 yang lepas.

Meganite 2011 lebih gempak,berprestij dan bertenaga. Menampilkan pengarah program yang hanya baru setahun jagung dalam Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF-FKM), namun sudah berjaya melaksanakan program yang berprestij begini. Tahniah kepada beliau. Beliau ialah Husna Md Elias.

Meganite kali ini bertemakan pakaian koperat,(Corparate and Elegance) dan bermotokan 'Inspirasi Permata Institusi'. Program Meganite ini bukan sahaja untuk memberi penghargaan kepada pemegang anugerah malah program ini juga turut meraikan kejayaan peserta yang menang bagi program Megaday 2011. Tahniah diucapkan kepada para pemenang Megaday dan ucapan terima kasih atas penyertaan anda. Bagi yang tewas, usah putus asa dan sentap. Setiap perlawanan memang adat ada kalah dan menang. Tidak lupa juga jutaan tahniah kepada pemegang anugerah dekan, diharap dapat meneruskan usaha anda dan mencapai anugerah dekan sehingga akhir semester bagi mendapat anugerah naib canselor.InsyaAllah.

Dalam jam 7.30 malam sesudah solat maghrib, pemenang-pemenang Megaday dan pemegang anugerah dekan sudah mula berdaftar di pintu depan Dewan Sri Bestari, Intekma Resort.

Tepat jam 8.00 malam janji Melayu, majlis pun dah bermula dengan ketibaan jemputan dan dif-dif terhormat.



Dan seperti biasa, sebelum majlis bermula, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wawasan Warga UiTM dinyanikan bersama-sama dengan penuh semangat sekali. Maka, bergegarlah Dewan Sri Bestari pada malam itu.

Sebelum terlupa, Pengerusi Majlis pada malam itu ialah Muhammad Ashraf bin Mohd Dasli dan Nurain bt. Md Noh. Suara emas mereka berdua menjadikan majlis Meganite lebih hangat dan bertenaga. Setiap majlis tidak sah jika tiada bacaan doa bagi mendapat keberkatan Yang Maha Esa. Ahmad Ridhwan b. Ab Aziz yang membaca doa pada malam itu.


Majlis diteruskan lagi dengan pertunjukan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Memang menarik dan dahsyat.




Seterusnya, majlis diisikan lagi dengan ucapan daripada Pengarah Program Meganite, Husna bt Md Elias, seterusnya ucapan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan dikesudahi dengan ucapan daripada Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Prof. Ir. Dr. Hj Ahmed Jaffar.

Kalau dah Dekan berucap, sudah tentulah beliau juga akan merasmikan majlis. Kali ini,perasmian majlis ada kelainan dan ada style. Majlis dirasmikan oleh Dekan FKM dengan gimik robotik. Tahniah dan terima kasih kepada pelajar FKM yang mereka robot itu.

Selesai perasmian majlis, maka bermulalah jamuan makan pada malam itu. Juadah yang dihidangkan amat menarik. Almaklumlah juadah dari Intekma Resort,sudah tentu menyelerakan.

Semasa menjamu selera, tetamu juga dihidangkan dengan pertunjukan video multimedia yang disiapkan oleh Biro Publisti Meganite tetapi apakan daya, vido tersebut tidak dapat menarik perhatian tetamu kerana sibuk beratur untuk menjamu selera.

Tidak cukup dengan pertunjukan video multimedia, tetamu dihidangkan lagi dengan persembahan nyanian akustik dari pelajar FKM sendiri. Untuk pengetahuan anda, pelajar yang membuat persembahan pada malam itu juga adalah pemegang anugerah dekan. Tahniah kepada beliau.

Sesudah sahaja persembahan dan jamuan makan, maka kemuncak majlis pun bermula dengan pemberian hadiah kepada pemenang Megaday dan pemegang anugerah dekan. Sejuta tahniah diucapkan kepada para pemenang dan pemegang anugerah dekan. Teruskan usaha anda semua.

Majlis pada malam itu boleh dikatakan berjaya dan menarik. Gimik persembahan dan kagu-lagu yang diiringi ketika penyampaian hadiah itu memang masuk. Credit to Biro Teknikal pada malam itu, Muhd Tasqil Amin b. Mohd Yusuf.

Maka dipendekkan cerita, lebih kurang jam 11 malam, maka berakhirlah majlis Meganite 2011 pada malam itu. Inilah dia barisan-barisan krew yang menjayakan majlis pada malam itu. Tahniah diucapkan dan terima kasih kerana menjayakan majlis ini.

Akhir kata,sejuta tahniah sekali laggi diucapkan kepada pemenang Megaday dan pemegang anugerah dekan. Sehingga berjumpa lagi pada Meganite yang akan datang. InsyaAllah.