Monday, November 24, 2008

Pangkor Mission 2008

Jentera SMF 07-08 dengan jayanya menganjurkan PANGKOR MISSION 2008 bertempat di Raudhah Camp, Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 19 November sehingga 21 November 2008. Peserta bersama Urusetia dan Pegawai Pengiring iaitu En. Azli, En. Azerif dan En Firhan bertolak lewat jam 9.30 pagi. Perjalanan yang memakan masa 5 jam akhirnya tiba di Jeti Lumut kira-kira jam 2.30 petang.
Program yang bermula jam 4.30 petang merangkumi aktiviti-aktiviti yang menarik. Antaranya Ice Breaking, War Game, Snorkeling, Kayak, Jungle Trekking, Dinner BBQ, Mechanical Engneering Night Survival dan Lawatan ke Kota Belanda, Great Wall dan Kilang Membuat Sate. Dekan FKM turut hadir mengikuti aktiviti lawatan tersebut.
Pihak Urusetia memohon maaf di atas segala kesilapan, kekurangan, keterlanjuran bahasa dan kecelakaan sepanjang menganjurkan Pangkor Mission 2008 ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk para peserta sekalian.
Galeri-Gambar

Saturday, November 15, 2008

Selamat Berkursus

Kami dari pihak Urusetia mengucapkan Selamat Berkursus kepada peserta Pangkor Mission pada 19-21 November 2008 ini. Semoga anda dapat menimba seberapa banyak pengalaman daripada kursus ini. Jumpa di sana~