Wednesday, September 24, 2008

Majlis Buka Puasa & Solat Hajat

Sempena sambutan Ramadhan al-Mubarak, SMF FKM berbesar hati mengadakan Majlis Buka Puasa & Solat Hajat. Majlis yang berlangsung seawal 6.45 petang dikunjungi seramai 200 orang pelajar dan staf FKM. Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar FKM, Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas dijemput merasmikan majlis yang bertempat di Foyer S&T ini. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung bersama-sama mengimarahkan malam Ramadhan ini dengan Solat Terawih dan Solat Hajat berjemaah.

Sunday, September 14, 2008

Malam Gemilang Ramadhan Bersama Anak-anak Yatim

Pada bulan mulia, Ramadhan al-Mubarak yang lalu, SMF FKM bersama-sama sukarelawan daripada Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal (PSSKM) menganjurkan program amal bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Kedatangan kami. menghiburkan seramai lebih kurang 30 anak yatim yang menghuni Rumah Amal ini. Kehadiran Dekan FKM dan beberapa pensyarah dan staf FKM memeriahkan majlis lagi berbuka puasa yang berlangsung pada sebelah malamnya. Program berakhir dengan solat terawih berjemaah.