Wednesday, September 24, 2008

Majlis Buka Puasa & Solat Hajat

Sempena sambutan Ramadhan al-Mubarak, SMF FKM berbesar hati mengadakan Majlis Buka Puasa & Solat Hajat. Majlis yang berlangsung seawal 6.45 petang dikunjungi seramai 200 orang pelajar dan staf FKM. Timbalan Dekan Sumber dan Pelajar FKM, Prof Madya Sunhaji Kiyai Abas dijemput merasmikan majlis yang bertempat di Foyer S&T ini. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung bersama-sama mengimarahkan malam Ramadhan ini dengan Solat Terawih dan Solat Hajat berjemaah.

No comments: