Wednesday, September 30, 2009

Pengambilan ahli-ahli baru SMFKM


Berhubung dengan tarikh pengumuman pengambilan ahli baru smf pada 10 September 2009 yang di post di blog ini, tarikh serahan borang-borang penyertaan ahli yang ditetapkan di borang tersebut akan dilanjutkan dari 30 September kepada 14 Oktober 2009. Oleh yang demikian, semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal masih boleh untuk mengisi borang tersebut dan menyerahkan kembali dalam lingkungan masa tersebut. Penyertaan anda dialu-alukan untuk mewakili fakulti dalam SMF dalam membantu masalah-masalah pelajar dan pengurusan aktivti serta organisasi. Jika anda berasa pasif dalam penyertaan-penyertaan dalam persatuan seperti ini, jangan risau, kami sedia membantu anda untuk membentuk anda kepada yang lebih aktif dan berkeyakinan dalam pengurusan organisasi. Ramai juga yang menyatakan apa kebaikan menyertai sekretariat ini, kebaikan-kebaikannya adalah :

  1. Sekiranya anda tinggal jauh dan tidak mendapat kolej lagi, anda boleh lah memohon kolej dibawah nama SMF. Kelebihan kolej ini diberikan kepada setiap ahli SMF.
  2. Jika anda seorang ahli SMF, anda boleh berhubung terus kepada MPP fakulti untuk menyuarakan segala masalah yang hendak diselesaikan. Contohnya ketidakpuas hati tentang fasiliti yang terdapat di fakulti, anda boleh buat aduan terus kepada pihak atasan dan sekiranya aduan anda diluluskan dan fasiliti fakulti dibaikpulih, bayangkan bertapa banyak pengguna yang menggunakan fasiliti tersebut dan berapa banyak pahala anda dapat untuk membantu setiap pelajar di fakulti.
  3. Sijil-sijil penyertaan dan pengurusan aktiviti turut diberikan. Sijil-sijil ini adalah sah laku untuk dibawa ke temuduga-temuduga mana-mana syarikat apabila hendak memohon kerja kelak.
  4. Dari segi mental, keyakinan dan kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin akan diasah sehingga anda menjadi yang lebih berkeyakinan dan berdaya saing antara graduan-graduan lain yang tidak mempunyai kelebihan yang anda perolehi.
  5. Aktivti-aktivti yang dijalankan sangat menarik dan diadakan di tempat-tempat yang menyeronokkan. Contoh di Pangkor, Taman Negara dan sebagainya. Kelebihan ini adalah lebih kepada aktviti yang ingin dijalankan sambil bercuti bersama ahli-ahli.
  6. Tahap pengurusan masa, kerja dan wang anda akan lebih teratur dan bersistematik supaya anda dapat menguruskan segala tugasan dengan tersusun.
Itu sahaja untuk kali ini, jadi kepada sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat lagi apa itu Sekretariat Mahasiswa Fakulti, anda boleh lah menghubungi Presiden SMF di talian yang tertera di ruangan ANNOUNCEMENT, atau datang terus ke bilik gerakan SMF-PSSKM di aras 5 bangunan 2 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Penyertaan anda semua adalah digalakkan...SMF (Bermaklumat, Effisyen, Intergriti)

Sampaikan juga kepada rakan-rakan yang lain yang ingin turut sama menyertai SMF. Terima Kasih. Aktiviti-aktiviti bolehlah anda rujuk di post-post blog yang lama dan gambar-gambar boleh dilihat di slideshow-slideshow yang terdapat di sebelah kanan blog ini.

Saturday, September 19, 2009

Majlis Berbuka Puasa Fakulti Anjuran SMF

16 September 2009, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal SMFKM telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Program ini telah diadakan setiap kali bulan puasa untuk semua pelajar-pelajar FKM serta staf-staf dan pensyarah. Walaupun kedatangan kurang memuaskan namun majlis tersebut tetap meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar dalam 60-70 orang. Majlis kali ini kedatangannya dicatat lebih ramai berbanding dengan yang lepas. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan tentatif yang ringkas iaitu bermula pada pukul 6.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Semua tetamu dikumpulkan di bilik seminar aras 7 FKM termasuk Dekan Fakulti Prof.Madya Ir. Dr. Hj Ahmed Jaffar dan Timbalan Dekan Pelajar Dan Alumni, Prof. Madya. Sunhaji Kiyai Abbas. Program bermula setelah azan Maghrib dilaungkan oleh saudara Azwan, dengan dihidangkan makanan ringan iaitu bubur lambuk. Kemudian semua tetamu telah menjalankan solat fardhu maghrib di surau aras 5 serta bersama-sama mendengar tazkirah ringkas dari Imam kita saudara Amer Abdul Latif dan seterusnya mengetuai semua jemaah untuk solat sunat hajat. Setelah itu, tetamu semua dijemput untuk berbuka puasa dengan menu nasi, ayam masak merah, kuah lemak, dan lain-lain. InsyaAllah program ini akan diteruskan oleh kami untuk ramadhan seterusnya. Semoga majlis ini akan dihadiri lebih ramai lagi tetamu. Terima Kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

Sunday, September 13, 2009

Majlis Berbuka Puasa ahli-ahli SMF


3 September 2009, kami dari SMF telah mangadakan majlis berbuka puasa tertutup bersama semua ahli SMF dan sebahagian rakan-rakan yang turut memeriahkan majlis tersebut. Biarpun tidak ramai ahli yang hadir kerana mempunyai hal masing-masing, namun majlis ini tetap mempunyai makna tersendiri. Para ahli dapat bersama-sama berkumpul dan mengeratkan lagi hubungan masing-masing. Juadah berbuka puasa kali ini dihidangkan dengan makanan Pizza Hut yang sungguh menyelerakan. Pizza Hut telah dibeli oleh saudara Timbalan Presiden 1 kami, Fandi dan ditemani oleh saudari setiausaha, Farah Sal. Majlis ini haruslah dipupuk setiap masa tidak kira sama ada di bulan puasa ataupun di hari lain. Hal ini adalah untuk merapatkan lagi dan berkongsi suka -duka bersama semasa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ahli. Sungguhpun amat sibuk dengan tugasan-tugasan dalam pelajaran mahupun dalam organisasi, namun sebahagian daripada ahli sempat untuk meluangkan masa bersama-sama datang ke majlis kecil-kecilan seperti ini. Lihatlah bertapa eratnya kami dalam sebuah organisasi sperti yang anda lihat di gambar-gambar. Diharap, semua ahli tiada perasaan ketidakpuasan hati terhadap sesama ahli dan sentiasa memberi sokongan kepada semua ahli tidak kira pangkat, umur dan kelebihan masing-masing. Segalanya bermula dengan hubungan dan kerjasama antara semua bagi menjayakan sesuatu yang ingin dicapai. Semoga Allah memberkati segala usaha ahli-ahli SMF sepanjang perkhidmatan mereka dalam organisasi. Selamat Menjalankan Tugas..!! Apa yang penting.... KERJASAMA!! Gambar-gambar boleh diambil atau lihat di slideshow sebelah kanan.

Saturday, September 12, 2009

Majlis Buka Puasa Bersama Staf FKM

Pada 28 Ogos yang lepas. Semua wakil-wakil pelajar dari PSSKM dan SMF telah dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama staf-staf FKM. Majlis ini telah dihadiri oleh semua staf FKM dan sebahagian pensyarah-pensyarah FKM. Kemeriahan majlis ini terserlah dengan kehadiran anak-anak kecil staf-staf dan pensyarah FKM. Juadah berbuka puasa yang dihidangkan amat menyelerakan dan mengenyangkan. Antara lauk-pauk yang disajikan adalah ikan bakar, ayam goreng berempah, sayuran dan bermacam-macam lagi. Sebelum manjamah juadah utama, kuih-muih menjadi alas perut untuk semua tetamu menjalankan solat fardhu Maghrib terlebih dahulu. Majlis seperti ini dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan staf fkm serta bersama dengan pensyarah. Di harap puasa akan datang jangan lupa untuk menjemput kami lagi...

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat

Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal akan mengadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat pada 16 September 2009 iaitu hari Rabu. Bertempat di bilik seminar aras 7 FKM di blok 3 bangunan S&T UiTM. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang. Semua warga FKM dijemput hadir ke majlis tersebut bagi memeriahkan lagi majlis tersebut kali ini serta sama-sama menjalankan solat sunat hajat bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester. InsyaAllah, juadah yang akan dihidangkan sungguh menyelerakan jadi marilah ramai-ramai ke majlis tersebut...

Thursday, September 10, 2009

Pengambilan Ahli Sekretariat Baru. (Junior Comittee)

Proses pengambilan ahli-ahli baru Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Junior's Comittee) telah dijalankan dalam minggu ini. Oleh yang demikian kepada semua yang berminat boleh mengambil borang keahlian di Bilik PSSKM ataupun di Pejabat FKM aras 9. Pemimpin-pemimpin baru yang berbakat adalah digalakkan untuk menonjolkan bakat anda dalam bidang pengurusan organisasi dan kepimpinan. Sila lengkapkan butir-butir di dalam borang keahlian dan serahkan di bilik PSSKM selewat-lewatnya 30 September 2009. Satu perjumpaan dengan Majlis tertinggi SMF akan diadakan pada tarikh tersebut. Terima Kasih...

Thank for the support..


Kepada semua bloggers dan tetamu yang mengikuti blog SMF FKM ini kami ucapkan terima kasih dalam memberi sokongan dalam proses pembangunan jentera SMF kali ini. InsyaAllah kami dari SMF FKM akan memberikan yang terbaik dari segi kebajikan pelajar dan mengutamakan program-program yang bermanfaat bagi semua warga SMF. Terima kasih juga kepada yang memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi membaiki kelemahan yang ada dalam SMF tidak kira dari segi pengurusan dan aktiviti. Hal ini kerana, cadangan anda semua itulah yang memantapkan lagi SMF FKM dan sekaligus dapat memperkenalkan SMF lebih dekatlagi kepada setiap pelajar FKM. Oleh itu, kami memohon jasa baik anda semua tidak kira warga FKM ataupun tidak, sebarkan tentang maklumat blog ini bagi setiap orang mengetahui perjalanan SMF FKM kali ini. Kepada ahli-ahli SMF yang lain, tingkatkan usaha anda dan buat yang terbaik untuk fakulti, InsyaALLAH jasa anda akan dibalas kelak. Sentiasa memberi semangat dalam memperjuangkan Sekretariat dan memberi sepenuh keyakinan dan sokongan kepada ahli-ahli lain. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dan terus maju dalam perjuangan sebagai satu unit organisasi.