Thursday, September 10, 2009

Thank for the support..


Kepada semua bloggers dan tetamu yang mengikuti blog SMF FKM ini kami ucapkan terima kasih dalam memberi sokongan dalam proses pembangunan jentera SMF kali ini. InsyaAllah kami dari SMF FKM akan memberikan yang terbaik dari segi kebajikan pelajar dan mengutamakan program-program yang bermanfaat bagi semua warga SMF. Terima kasih juga kepada yang memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi membaiki kelemahan yang ada dalam SMF tidak kira dari segi pengurusan dan aktiviti. Hal ini kerana, cadangan anda semua itulah yang memantapkan lagi SMF FKM dan sekaligus dapat memperkenalkan SMF lebih dekatlagi kepada setiap pelajar FKM. Oleh itu, kami memohon jasa baik anda semua tidak kira warga FKM ataupun tidak, sebarkan tentang maklumat blog ini bagi setiap orang mengetahui perjalanan SMF FKM kali ini. Kepada ahli-ahli SMF yang lain, tingkatkan usaha anda dan buat yang terbaik untuk fakulti, InsyaALLAH jasa anda akan dibalas kelak. Sentiasa memberi semangat dalam memperjuangkan Sekretariat dan memberi sepenuh keyakinan dan sokongan kepada ahli-ahli lain. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dan terus maju dalam perjuangan sebagai satu unit organisasi.

2 comments:

uDean said...

1. ubah setting utk comment.. pkai options new windows instead bukak dlm same window.. org nyampah nk kne tekan button back..

2. bezakan kaler tajuk ngn content.. rule of contra

3. klo column kiri+kanan tu, align justify mcm column tengah, nampak lagi kemas..

4. lain², ok dah..

gudjob~

SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI (FKM) said...

Ko tolong editkan.. aku taktahu sgt menda2 nak adjust nih.. dah lupa..