Saturday, September 19, 2009

Majlis Berbuka Puasa Fakulti Anjuran SMF

16 September 2009, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal SMFKM telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Program ini telah diadakan setiap kali bulan puasa untuk semua pelajar-pelajar FKM serta staf-staf dan pensyarah. Walaupun kedatangan kurang memuaskan namun majlis tersebut tetap meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar dalam 60-70 orang. Majlis kali ini kedatangannya dicatat lebih ramai berbanding dengan yang lepas. Majlis ini diadakan secara sederhana dengan tentatif yang ringkas iaitu bermula pada pukul 6.30 petang hingga pukul 8.30 malam. Semua tetamu dikumpulkan di bilik seminar aras 7 FKM termasuk Dekan Fakulti Prof.Madya Ir. Dr. Hj Ahmed Jaffar dan Timbalan Dekan Pelajar Dan Alumni, Prof. Madya. Sunhaji Kiyai Abbas. Program bermula setelah azan Maghrib dilaungkan oleh saudara Azwan, dengan dihidangkan makanan ringan iaitu bubur lambuk. Kemudian semua tetamu telah menjalankan solat fardhu maghrib di surau aras 5 serta bersama-sama mendengar tazkirah ringkas dari Imam kita saudara Amer Abdul Latif dan seterusnya mengetuai semua jemaah untuk solat sunat hajat. Setelah itu, tetamu semua dijemput untuk berbuka puasa dengan menu nasi, ayam masak merah, kuah lemak, dan lain-lain. InsyaAllah program ini akan diteruskan oleh kami untuk ramadhan seterusnya. Semoga majlis ini akan dihadiri lebih ramai lagi tetamu. Terima Kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

No comments: