Thursday, August 27, 2009

Program Bersamamu TV3

Pertama sekali kami memohon maaf kerana tidak sempat untuk update blog ini disebabkan hal-hal dalaman yang tidak dapat dielak. Selepas ini blog ini akan diteruskan dipost. Kami juga mengucapkan terima kasih atas kesudian anada untuk memberi komen dan cadangan serta sudi melayari blog ini terima kasih. Teruskan melayari... Ikhlas dari SMFKM (Bermaklumat, Effisyen, Integriti)....
Sekretariat Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah mengadakan satu program amal dan kebajikan pada cuti semester 08/09 iaitu pada 21 dan 22 Mei 2009 iaitu pada hari khamis & jumaat. Program tersebut adalah program realiti yang disiarkan oleh TV3 iaitu Bersamamu TV3 yang dijalankan di Changloon,Kedah. Ini adalah program pertama diadakan bersama TV3. Program ini telah disertai oleh AJK SMF, sebahagian pelajar-pelajar FKM dan beberapa orang staf FKM. Perjalanan dari UiTM Shah Alam bermula pada pukul 4.00 ptg dengan bas Persiaran yang disediakan oleh pihak UiTM. Hari pertama perjalanan ke destinasi amat memenatkan kerana mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi. Kami tiba di Changloon hampir waktu tengah malam dan tempat kami menginap adalah di T-Hotel. Walaupun ia adalah bajet hotel namun perkhidmatan dan kemudahan yang ada di hotel tersebut cukup untuk menghilangkan rasa penat kami sepanjang perjalanan. Hari kedua kami bertolak pagi ke rumah yang di tempatkan untuk aktiviti shooting atau yang sebenarnya adalah aktiviti gotong-royong mengemas kawasan rumah pemilik tersebut. Maaf, kami tidak beberapa ingat nama pemilik rumah ini dan nama kampung tersbut, tetapi rumah tersebut terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. Pandangan pertama melihat rumah tersebut membuatkan kami tersentak dengan keadaan rumah tersebut. Kawasan di sekeliling rumah tersebut tidak terurus dan sampah banyak terkumpul di bahagia sebelah kiri rumah tersebut. Dengan jentera hijau kami bawa dari Shah Alam, kawasan tersebut telah dibersihkan sebelum masuk waktu untuk solat Jumaat. Pada waktu petang pula iaitu selepas solat Jumaat kami singgah ke rumah tersebut untuk kali terakhir untuk berbual-bual bersama anak-anak pemilik rumah tersebut. Apa yang menarik semasa kami bergotong-royong adalah kelibat anak-anak kecil pemilik rumah tersebut iaitu Ayim dan Ad. Mereka berdua memang sangat hyperaktif dan kelakar. Terutamanya ad yang berbaju spiderman, dia memang suka melayan kami seolah-olah telah mengenal kami dah lama. Ad ada 'trademark'nya iaitu kata-kata binatang dari cerita kartun wonderpets. "APA YANG PENTING, KERJASAMA!" itulah laungan kata Ad setiap kali kami sedang bergotong-royong. Laungan tersebut sedikit sebanyak memberikan semangat bagi setiap orang yang bekerja. Ayim pula nakal sedikit, tapi yang memeranjatkan kami, dia bole pegang ulat bulu yang kita rasa geli nak pegang tu selamber saja. Cuba lihat gambar disebelah, rasa-rasanya orang-orang bandar berani tak pegang ulat bulu yang berbulu itu. Lagi-lagi kaum hawa, mahu dia orang menjerit. Sambil berbual di waktu petang, kami sempat mengambil sedikit masa anak-anak pemilik tersebut iaitu seramai 7 orang untuk sesi motivasi bagi memberikan keyakinan mereka untuk terus menjalani kehidupan walau dalam keadaan macam mana sekali pun serta memberikan kata-kata semangat kepada mereka supaya rajin belajar dan dapat menolong adik beradik serta ibu mereka kelak. Sesi shooting berjalan dengan lancar kerana tidak ada masalah untuk TV3 merakamkan scene-scene kami bekerja dan pujian turut diberikan kepada mereka yang turut sama menolong kami mengemas rumah tersebut. Kami berasa gembira dapat menabur bakti memberikan pertolongan untuk orang-orang seperti ini. Kami bukan sahaja mementingkan pelajaran subjek-subjek kejuruteraan kami yang susah-susah tahap maksimum, namun kerja amal tetap kami utamakan bagi membentuk peribadi ahli-ahli smf dan rakan-rakan FKM lain tentang pentingnya menghargai dan bersyukur dengan semua nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T. Perjalanan kami ke Shah Alam bermula pada pukul 8 malam selepas selesai solat maghrib. Kenangan dalam program ini memang tidak dapat dilupakan dan orang-orang di sana pasti akan mengingati nama-nama kami dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal terutamanya abang Azam, Reza, Apek, kak lyra dan yang lain-lain. Tanpa yang lain juga program ini tidak akan berjalan dengan lancar.Terima kasih kepada pelajar lain juga yang sanggup untuk mengambil masa waktu belajar untuk ShortCourse semata-mata untuk memberikan pertolongan kepada kami. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh anak-anak buah kami di SMFKM.

1 comment:

Nurhazwani Bt Zamli said...

salam.. aktiviti yg sgt mnarik... camne korang ley involve dalam program tv3 bersamamu ni? ley share x?