Friday, April 16, 2010

Panjatkan Hajatmu


Pada 8 April, 2010 berlangsungnya program “ Panjatkan Hajatmu ” anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti yang diadakan bersempena peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang. Program ini diadakan di dewan seminar aras 7 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Program ini bertujuan untuk memohon kepada ALLAH sempena peperiksaan yang bakal tiba agar ditenangkan hati dan dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan, untuk merapatkan silaturrahim dan muhibah dikalangan pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, mewujudkan sifat rendah diri, mengabdikan diri kepada ALLAH serta mewujudkan rasa tanggung jawab kepada diri dan agama.
Bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot tazkirah, dan diteruskan dengan bacaan yassin, solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat. Para tetamu bersurai pada pukul 2.30 petang setelah selesai jamuan makan petang.
Program “ Panjatkan Hajatmu “ yang dihadiri hampir 70 orang pelajar, staf, dan pensyarah ini berjalan dengan lancar. Diharap agar program-program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya seluruh warga UiTM terutamanya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri akan mendapat berkat ilmu daripada Allah.InsyaAllah.

6 comments:

student fkm part4 said...

congrats kpd pengarah program dan crew2 program panjatkan hajatmu.. 1 transformasi yg agak berjaya krn sem nih student dapat bwk air yasin dan input tazkirah yg berkesan.. keep it up de good job..

stdnt_fkm said...

bukan tuh jer bnyk gle makann hari tuh.. roti+air kotak+air mineral+makann bungkus..huhu jimat dwit poket ak..

mtsmf said...

bguslah program ni mndpt sambutan.. semua kos makann ditanggung spenuhnya oleh fakulti mggunakan dwit tabung amanah pelajar..mmng rugi ssiapa yg xdpt hadir..uhu~
xpe sem depan insyaAllah ad lg..

adi fkm said...

asl ttbe plak bwt solat hajat tngah hari??

smf said...

permintaan dekan sbnarnya.. klu bwt mlm mcm sblom nih mngkin kurang yg datng cos rmai yg da balik umah.. kli nih tuka strategi bwt waktu lunch..

SMF said...

Alhamdulillah...