
Pada 8 April, 2010 berlangsungnya program “ Panjatkan Hajatmu ” anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti yang diadakan bersempena peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang. Program ini diadakan di dewan seminar aras 7 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Program ini bertujuan untuk memohon kepada ALLAH sempena peperiksaan yang bakal tiba agar ditenangkan hati dan dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan, untuk merapatkan silaturrahim dan muhibah dikalangan pelajar dan staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, mewujudkan sifat rendah diri, mengabdikan diri kepada ALLAH serta mewujudkan rasa tanggung jawab kepada diri dan agama.
Bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan slot tazkirah, dan diteruskan dengan bacaan yassin, solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan solat hajat. Para tetamu bersurai pada pukul 2.30 petang setelah selesai jamuan makan petang.
Program “ Panjatkan Hajatmu “ yang dihadiri hampir 70 orang pelajar, staf, dan pensyarah ini berjalan dengan lancar. Diharap agar program-program seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap supaya seluruh warga UiTM terutamanya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sendiri akan mendapat berkat ilmu daripada Allah.InsyaAllah.
