Friday, August 13, 2010

LAPORAN PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA DAN PEMANTAPAN WAWASAN SISWA FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI JULAI 2010

Program Minggu Destini Siswa (MDS) dan Pemantapan Wawasan Siswa (PWS) dianjurkan oleh HEP UiTM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk memperkenalkan UiTM amnya dan fakulti khususnya kepada pelajar-pelajar baru disamping membangunkan kekuatan fikiran dan mental serta mendidik pelajar menghargai perhubungan persahabatan dan juga orang ramai.

Program MDS diperingkat UiTM telah diadakan selama seminggu bermula dari 26 Jun hingga 3 Julai 2010 dengan tema "Mahasiswa Aspirasi Nasional".

Program MDS diperingkat fakulti (atau dahulunya dikenali sebagai Majlis Bersama Dekan) telah diadakan sebanyak dua siri iaitu pada 2 Julai 2010 (Jumaat) dan 6 Julai 2010 (Selasa). Program PWS pula telah dilangsungkan pada 6 Julai 2010 bertempat di Dewan Kuliah B, Kompleks Sains & Teknologi.

Tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan fakulti kepada pelajar baru, taklimat berkenaan proses dan peraturan akademik serta aktiviti pelajar.

Program ini adalah diwajibkan kepada seramai 430 peserta terdiri daripada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (EM220) dan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Manufacturing) (EM221).

Program MDS peringkat fakulti diadakan dengan objektif untuk:

i) Memperkenalkan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal kepada pelajar baru
ii) Penerangan berkenaan proses dan peraturan akademik
iii) Suai kenal bersama kakitangan dan wakil pelajar

Fasa Pertama Program MDS pada 2 Julai 2010 bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua pelajar berkumpul di Dewan Kuliah B untuk sesi taklimat pertama bersama Ketua Program EM220 & EM221, En Zulkifli Mohamed dan En Azhan Anuar.Sesi taklimat kedua bersama wakil Proton pula bermula pada pukul 9.30 pagi dan berjalan selama sejam sebelum sesi ketiga bersama wakil pelajar yang terdiri daripada MPP,wakil SMF dan PSSKM.Pada pukul 11.30 pagi pula,para pelajar dibawa melawat ke makmal dan bengkel FKM sebelum bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.

Pada 6 Ogos 2010, Fasa Kedua Program MDS dan PWS pula dijalankan.Selepas berkumpul di Dewan Kuliah B dan ketibaan Ketua-ketua Pusat Pengajian, Ketua-ketua Program, Penolong Pendaftar, Timbalan-timbalan Dekan dan Dekan FKM,sesi pertama iaitu amanat Dekan FKM, Prof. Ir. Dr. Hj. Ahmed Bin Jaffar disampaikan pada pukul 9.00 pagi. Sesi kedua pada 9.30 pagi bersama Timbalan Dekan (Pelajar dan Alumni) FKM, Prof. Madya Hj Sunhaji Kiyai Abas dan sesudah itu para pelajar diberi rehat dan minum petang sehingga 11.00 pagi.Sesi ketiga taklimat bersama Ketua Program EM220 & EM221, En Zulkifli Mohamed, Dr Jamaludin Mahmud dan Pn Norliana Mohd Abbas dan diteruskan dengan taklimat perpustakaan oleh pustakawan jemputan. 12.30 tengah hari, sekali lagi para pelajar diberi rehat,makan tengah hari dan masa untuk solat Zuhur.Kira-kira jam 2.15 petang, pelajar berkumpul semula di Dewan Kuliah dan Taklimat KI dimulakan.3.15 petang bermula sesi kelima yang merupakan sesi perjumpaan dengan wakil persatuan pelajar dan MPP dan sesi ke enam taklimat Jawatankuasa Pembangunan Pelajar oleh En Nor Fazli Adull Manan. Sesi terakhir oleh En. Mohd Afzan Mohd Anuar pula merupakan taklimat Badan Profesional Maklumat berkenaan IEM dan Imeche pada pukul 4.45 petang dan para pelajar bersurai pada pukul 5.15 petang.

Program MDS dan PWS peringkat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Adalah menjadi matlamat dan harapan fakulti program wajib ini dapat memberi panduan dan melancarkan segala urusan yang membabitkan pelajar baru terutama dalam mengharungi cabaran pertama dalam menjejakkan kaki ke menara gading.

No comments: