Monday, August 16, 2010

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI

Bersempena dengan karnival terbesar anjuran fakulti kejuruteraan mekanikal iaitu Mechanical Engineering Carnival ( MEC ),Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal ( PSSKM ) dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti ( SMF ) telah mengadakan program Science & Technology Fair (S&T Fair) pada 17 Julai 2010 bersamaan hari Sabtu.

Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah mengenai kursus kejuruteraan Mekanikal di UiTM dan menyuntik semangat pelajar untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat universiti. 4 buah sekolah yang menyertai program ini terdiri daripada Sekolah Menengah Teknik Kajang, Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 dan Sekolah Menengah Teknik Klang yang masing-masing menghantar wakil seramai 10 orang daripada setiap sekolah dan diiringi beberapa orang guru pengiring.

Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran para pelajar di foyer bangunan S&T, diikuti dengan sarapan pagi,seterusnya taklimat ringkas daripada pengarah program Science & Technology Fair,yang juga merupakan Presiden Sekretariat Mahasiswa Fakulti FKM,Ahmad Syahmi bin Mohd Salleh.Majlis diteruskan dengan Pertandingan Rocket Launching dan Floating Tower yang banyak menguji daya fikir dan kreativiti para pelajar.

Pertandingan Rocket Launching menguji para pelajar dalam menentukan reka bentuk yang sesuai bagi membolehkan roket yang dilancarkan dengan bahan bantu iaitu air dan tekanan udara dilepaskan dengan baik.Markah diadili dari segi tempoh masa roket di udara, kreativiti dan reka bentuk,material yang digunakan serta kepatuhan undang-undang Pertandingan ini diadili para pensyarah fakulti kejuruteraan mekanikal yang memberikan sedikit ulasan dan kesimpulan dalam setiap rekaan para pelajar pada akhir pertandingan.Pertandingan Floating Tower pula memerlukan para pelajar membina menara daripada straw,botol air mineral dan pita pelekat yang boleh menahan beban di atas air selama 5 saat.Setelah berjaya,beban akan ditambah dan diuji lagi selama 5 saat dan seterusnya.Markah diadili daripada aspek berat beban yang dapat ditanggung,kreativiti dan reka bentuk serta kepatuhan undang-undang.Pertandingan Rocket Launcing yang disertai 5 orang pelajar daripada setiap sekolah dan selebihnya menyertai Pertandingan Floating Tower berkumpul semula di Dewan Kuliah B pada pukul 11.45 tengah hari bagi menantikan ketibaan Timbalan Dekan Prof Dr Madya Sunhaji Kiyai Abbas,dan para pensyarah.

Kira-kira pukul 12 tengah hari, Timbalan Dekan Fakulti Mekanikal memberikan ucapan ringkas seterusnya menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para pemenang.Pada 1.30 petang,semua jemputan menikmati makan tengah hari dan berehat sebentar sebelum program disambung semula pada pukul 2.00 petang dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel.Program Science & Technology Fair ini berakhir kira-kira pukul 3.30 petang.

Program ini secara keseluruhannya telah berjalan lancar. Pelajar-pelajar mendapat perisian yang baik dan perdedahan berkaitan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan UiTM yang dapat dimanfaatkan kelak.Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


No comments: