Thursday, October 7, 2010

Malam Gemilang Ramadhan


Pada 24 Ogos 2010 yang lepas,bersamaan hari Selasa,majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim iaitu Majlis Malam Gemilang Ramadhan telah dijalankan di Foyer S&T.Majlis dengan kerjasama Non-Resident (NR) ini adalah bertujuan untuk beramal selain mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan anak-anak yatim yang di jemput.Rumah Hembusan Kasturi dan Rumah Raudhatul Ikhwan telah membawa lebih kurang 40 orang pelajar-pelajarnya terdiri daripada 20 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki ke majlis ini.

Majlis ini bermula pada 10.30 pagi.Ahli jawatankuasa majlis dan dibantu staf telah menyediakan bubur lambuk untuk di edarkan kepada para pelajar sempena bulan Ramadhan. Sebanyak dua kawah bubur lambuk telah disediakan dan siap diedarkan pada pukul 5.00 petang. Kira-kira jam 6.30 petang, jemputan daripada rumah anak-anak yatim tiba di Foyer S&T. Ahli jawatankuasa majlis telah meyambut mereka dan berkesempatan membawa mereka melihat-lihat di sekeliling bangunan S&T.

Pada 7.45 petang, para Jemputan Kehormat tiba dan majlis dimulakan dengan bacaan doa serta bersedia untuk berbuka puasa. Jemputan disajikan dengan juadah ringan sebagai mengalas perut sementara solat Maghrib.Selepas semua jemputan mengerjakan solat Maghrib di ruang rehat blok 3 bangunan S&T,jemputan bergerak kembali ke Foyer S&T seterusnya menikmati juadah buka puasa yang disediakan. Para pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal daripada pelbagai semester turut tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghadiri majlis ini.

Selepas selesai makan, para jemputan bersiap-siap untuk mengerjakan solat Isyak dan solat Tarawih. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal mengimamkan jemaah dan kira-kira pukul 10.00 malam,solat Isyak dan solat Tarawih selesai. Jemputan menikmati juadah ringan yang disediakan sebelum masing-masing beredar pulang pada pukul 10.30 malam.

Walaupun majlis yang diadakan serba sederhana kerana kekurangan masa, jawatankuasa-jawatankuasa majlis Malam Gemilang Ramadhan dapat menjalankan program ini dengan lancar.Diharap pada masa akan datang,majlis seperti ini akan dapat diadakan dengan lebih meriah untuk disertai lebih ramai pelajar fakulti ini.


No comments: