Wednesday, October 13, 2010

Mechanical Engineering Grand Award Night 2010 (MEGANITE ’10 )



Mechanical Engineering Grand Award Night 2010 (MEGANITE ‘10) merupakan majlis makan malam dan program penghargaan serta penyerahan pingat kepada pemenang-pemenang Megaday ‘10. Majlis yang turut memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah mendapat Anugerah Dekan dengan memperolehi keputusan cemerlang pada semester lepas ini telah diadakan pada 7 Oktober 2010 hari Khamis daripada 8.00 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Intekma Resort, UiTM Shah Alam.

Majlis kecemerlangan ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal iaitu Prof Ir. Dr. Hj. Ahmed Jaffar.Pada jam 7.30 malam, para jemputan tiba dan berdaftar di kaunter pendaftaran sebelum masuk ke dalam dewan Sri Bestari. 7.45 malam pula tetamu jemputan dan dif-dif kehormat tiba dan semua jemputan menyanyikan Lagu Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM dan lagu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis, ucapan dari Pengarah Program Meganite 2010,Abdul Hafiz bin Abd Wahab, ucapan wakil MPP dan ucapan dan perasmian majlis oleh Dekan,Prof. Ir. Dr. Ahmed Bin Jaffar. Pada jam 8.30 malam, para hadirin menikmati makan malam sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian.Pada pukul 9.00 malam,sesi penyerahan Watikah Pelantikan Sekriteriat Mahasiswa Fakulti (SMF) dan PSSKM sesi 2010/2011 serta penyampaian Anugerah Dekan dimulakan.Dimulai dengan penyampaian Anugerah Dekan Julai – November 2009,Anugerah Dekan Disember 2009 – April 2010,Anugerah Dekan terbaik,hadiah Megaday 2010, ‘Prince and Princess of Night’ dan penyerahan cenderahati kepada Dekan.

Sebagai penutup,para jemputan disajikan dengn tayangan video AJK Meganite.Majlis selesai kira-kira pada pukul 11.00 malam dan semua hadirin merakamkan kenangan sebelum beransur pulang.Semoga majlis Meganite ini dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal untuk mendapat keputusan baik dalam akademik dan seimbang dalam kokurikulum.

No comments: